SAYA, YATI

Assalamualaikum... 

Selamat Datang ke Blog saya... Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya yang tak seberapa ni... Saya perkenalkan diri saya  :




Haryati Abd Hamid, sudah berhenti kerja dan menjadi surirumah-tangga sejak 2007 dan lahir pada 24 Disember, di Hulu Kelang Ampang dan berpindah ke Shah Alam pada tahun 1979.  Menuntut ilmu di Shah Alam, Kelang dan Universiti Malaya. 

 

Pernah bekerja sebagai Setiausaha di EON Berhad selama 11 tahun dan sangat berminat pada perbagai bidang sukan terutamanya bola jaring dan berenang. Isteri kepada Raja Ahmad Hidzir b Raja Muhamad, 2 orang anak perempuan, Raja Sofea dan Raja Syasya yang berumur 16 dan 14 tahun.  Sentiasa mendapat sokongan daripada suami dan anak2 yang tidak terhingga dalam apa jua bidang yang saya lakukan.



 


Aktiviti harian saya, menguruskan anak2 dan anak buah.  Selain menjadi "driver" anak2 :) yang saya rasa dari pagi sehingga ke malam, sekolah, kokorikulum, tuisyen, saya juga menghabiskan masa saya dengan mengikuti kelas2 yg diadakan di sekitar Shah Alam dan Subang Jaya 

Ramai orang mengatakan bahawa menjadi surirumah tangga adalah sesuatu kerja yang membosankan dan membebankan, tapi bagi saya adalah satu kepuasan dimana semua kerja saya lakukan sendiri... menguruskan anak2, mengemas rumah, mengikuti kelas, belajar, mengajar, berniaga, menyediakan keperluan harian suami dan anak2 dan berbagai lagi.  Yang penting bagi saya adalah perancangan yang betul.  Saya masih juga sempat bersukan, berchatting, membeli belah, berjumpa kawan2 dan berbagai lagi.. :)

Mengapa Shaklee...sebenarnya mula makan vitamin shaklee sejak Februari 2006.  Saya, suami dan anak2 mengambil produk shaklee sebagai makanan tambahan sehingga sekarang. Cuma sekarang ini saya mula berkecimpung didalam blog. 

Syukur Alhamdulillah..Vitamin Shaklee membekalkan khasiat2 penting dari bahan semulajadi yang diperlukan oleh tubuh badan kita demi menikmati kehidupan yang lebih sihat dan dapat bertahan lama membuat saya lebih bertenaga untuk menjalani rutin harian saya. Juga menambah pendapatan saya.. 

Jom... Join Shaklee... :)








"Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases."

No comments:

Post a Comment