Friday, May 17, 2013

Pelindung/Penghalang matahari

Apakah pelindung matahari dan penghalang matahari?
  • Losen pelindung dan penghalang matahari mengandungi satu atau lebih bahan kimia pelindung yang boleh menyerap, memantul atau menyelerakkan cahaya ultraungu
  • Sun Protection Factor (SPF) merujuk kepada jumlah perlindungan spesifik yang tersedia oleh sesebuah produk pelindung matahari.
  • Sebagai contoh, sekiranya bacaan SPF adalah 15, ia bermaksud bahan pelindung matahari tersebut dapat melindungi anda dari pancaran matahari 15 kali lebih lama berbanding sekiranya tanpa sebarang bahan pelindung matahari
  • Penggunaan pelindung matahari adalah disarankan bagi kebanyakan aktiviti luar. Bahan ini terdapat dalam banyak bentuk seperti losen, gel, semburan atau 'lip balm' dengan pelbagai SPF
'Tips' untuk membeli penghalang matahari
  • Cari bahan pelindung yang memberi perlindungan jalur lebar sinaran Utraviolet A dan B. Pelindung yang mengandungi bahan pemantul seperti titanium dioksida dan zink oksida merupakan penyediaan yang memberikan perlindungan terbaik
  • Bagi pengguna yang kuat berpeluh atau terlibat dengan sukan air atau acara renang, produk kalis air merupakan pilihan terbaik
Bagaimana dan bila menggunakan pelindung matahari?
  • Goncang botol losen sebelum digunakan
  • Sapukan pada permukaan kulit yang kering dan bersih, 20 minit ke 1 jam sebelum pendedahan pada matahari
  • Tunggu sehingga losen pelindung kering sebelum mengenakan pakaian
  • Sapu semula bahan pelindung setiap 2-3 jam bila berada di luar terutamanya ketika berpeluh atau melakukan aktiviti air
  • Jangan terdedah pada matahari melangkaui tempoh yang dibenarkan SPF bahan pelindung
  • Pastikan penggunaan losen yang secukupnya. Sekurang-kurangnya 30 gram atau satu genggam penuh bahan pelindung perlu digunakan untuk perlindungan optimum kepada permukaan kulit yang terdedah

Panduan membeli persediaan pelindung matahari
____________________________________________________
Jenis Kulit
SPF Yang di Cadangkan
Kekerapan Penggunaan Harian /SPF
Aktiviti Luar/SPF
 
  • Selalu mudah terbakar oleh matahari(sunburn), warna kulit terlalu cerah
15 atau lebih 25 - 30
  • Mudah terbakar oleh matahari, warna kulit cerah
12 - 15 25 - 30
  • Kadang-kadang terbakar oleh matahari, warna kulit cerah ke sederhana cerah
8 - 10 15
  • Terbakar pada tahap minima oleh matahari, warna kulit sederhana
6 - 8 15
  • Jarang terbakar oleh matahari, warna kulit ke perangan atau kehitaman
6 - 8 15






Semakan Akhir : 14 Julai 2008
Penulis : Dr. Nour Hanah Othman


Produk untuk kulit Shaklee :

 
Daily Defense Whitening Essence  
Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:

  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit
 
Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15  
  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

 
Spot Whitening Treatment  
  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus

No comments:

Post a Comment